Thursday, March 17, 2011

Meneladani Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh..

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.


Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.


p/s - Kalau dikaji sendiri kepimpinan Al-Fateh mesti semua orang akan kagum dengan strategi dan kesungguhan beliau..Banyak yang menarik tentang tokoh ini..WaveX pun cedok kat iluvislam je ni..Kalau korang nak baca lebih lanjut klik SINI..

2 comments:

  1. betul2.. sangat kagum dengan baginda.. mengalir air mata semasa melihat tayangan gambar mengenai baginda dan tentera baginda..

    ReplyDelete