Monday, November 12, 2012

Rebat Tol Sempena Deepavali




KUALA LUMPUR 8 Nov. - PLUS memberi rebat kepada pengguna rangkaian lebuh raya PLUS yang membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena cuti Deepavali dan Awal Muharam ini.
Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, pengguna kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 13 Nov bersempena Deepavali.

Sebagai tambahan, pengguna sistem tersebut juga akan menikmati rebat tol sebanyak 10 peratus pada 14 Nov dan 16 Nov.

"Rebat tol ini boleh dinikmati sepanjang hari tanpa tempoh terhad dan tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang," katanya.

Pengguna yang layak boleh menuntut rebat tol apabila menambah nilai kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go bermula pada 1 Jan hingga 31 Mac 2013 di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121108/dn_29/PLUS-beri-rebat-tol-sempena-Deepavali-Awal-Muharam#ixzz2Bx9sNsPT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment