Tuesday, November 2, 2010

Banjir di Perlis, Kedah..(November 2010)..

Hujan lebat telah menyebabkan paras air Sungai  Badak di Sintok meningkat sehingga melimpah ke atas lebuhraya UUM-Kuala Perlis. Pihak pengurusan lebuhraya berkenaan telah menutup jalan menuju ke UUM. Kenderaan yang menuju ke UUM diarah berkongsi laluan yang bertentangan. Keadaan ini besar kemungkinan akan menyulitkan para graduan dan rombongan yang datang untuk mengambil ijazah masing-masing.

Mengikut pengalaman pada November 2005, jika hujan masih belum berhenti, besar kemungkinan bencana banjir besar di utara Kedah akan berulang. Kawasan rendah yang akan terjejas teruk ialah Pekan Jitra, Kepala Batas dan sebahagian Alor Setar.

Pada tahun 2005, air sungai ini melimpah dengan dahsyatnya. Pekan Jitra tenggelam.

Tersangkut. Kena berpatah balik ke Changlun.

Pihak JKR dan Belati Wangsa meninjau keadaan jalan.

Jalan menuju ke Kuala Perlis juga akan mencapai aras kritikal.

Air Sungai Badak sudah melimpah jalan menghala ke UUM. 

Arau dekat Petronas

Padang Behor. Perlis

Arau

Wardina Saffiyah Duta Ubat Gigi Mu’min..

Pengumuman duta produk kepada ubat gigi yang bermutu dan yang penting halal ini telah diumumkan oleh Encik Amirullah bin Haji Abdullah, Pengerusi Eksekutif syarikat Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd di satu majlis pelancaran Ubat Gigi Mu’min di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Iklan TV komersial untuk Ubat Gigi Mu’min yang menampilkan Wardina Saffiyah juga telah ditayangkan untuk tatapan hadirin. Tak lupa, ditayangkan juga video sekitar pembikinan iklan ini. Nampak macam mudah tapi sebenarnya agak sukar juga. Iklan ini dibuat di sebuah studio. Sebuah iklan yang lebih segar dan jelas mesejnya tentang kebaikan Ubat Gigi Mu’min kepada pengguna.

Layari: www.halaltoothpaste.com.my




 credit to: www.budiey.com

Exchange link..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..Sebagai seorang blogger atau admin kepada sesuatu web mesti korang nak exchange link kan..Jadi kepada semua yang nak letak link kat blog ni boleh komen kat bawah..Oleh itu, korang pun letak la link waveX kat blog korang sekali..Lepas ni kalau nak masuk entry ni lagi, boleh klik kat button exchange link kat atas..TQ

..Jom exchange link..



D
E

G


I

J

K
L

N
O






U

V

W
X

Y

Monday, November 1, 2010

Red Warrior Juara Piala Malaysia 2010..

Assalamualaikum..Mungkin waveX sedikit terlambat menulis tentang tajuk ini..Apa pun tahniah kepada Red Warrior atas kemenangan yang dijulang sabtu lalu..Kemenangan 2-1 hasil jaringan Hairudin Omar dan Badri Radzi sudah cukup untuk membuat ratusan ribu penyokong Kelantan tersenyum..

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada the red warrior..Penantian selama 89 tahun memang satu jangka masa yang panjang..Tapi mungkin ini adalah titik tolak kepada Kelantan untuk memenangi lebih banyak piala lepas ni..Tahniah kepada penyokong2 kerana tiada insiden-insiden yang teruk berlaku..

Sambutan dari penyokong Kelantan yang tidak ke stadium juga amat menarik..Malam perlawanan di KB terdapat ramai pemuda bermotosikal TANPA HELMET berarak membawa bendera kelantan sambil membunyikan hon..Ada juga yang keluar dari tingkap kereta sambil memegang bendera Kelantan..Agak bahaya aksi yang ditunjukkan..Apa pun harap dia selamat tiba di rumah..

Pada pagi Ahad Kelantan dibasahi hujan..Namun sambutan tetap hangat..Rombongan yang pulang dari KL tidak henti2 membunyikan hon..Dalam perjalanan kita lihat kanak-kanak sanggup bermandikan hujan sambil mengibar bendera Kelantan di tepi jalan..Semangat yang sebegini mungkin akan melahirkan ramai lagi jaguh-jaguh bola sepak yang professional dari Kelantan..Bukan kanak-kanak sahaja.tapi ada juga 2,3 orang lanjut umur..Terharu betul..Tahniah kepada kelantan...

Majulah Sukan Untuk Kelantan!!