Kepada semua fans liverpool di sini aku nak menulis sedikit adakah perlu liverpool membeli Sneijder ??
Seperti yang kita semua tahu Inter Milan sudah tidak lagi menggunakan Sneijder dalam kesebelasan utama pasukan kerana permintaan gaji yang mahal oleh pemain bintang Belanda itu.
Di sini disertakan beberapa pendapat untuk semua fikir adakah Sneijder perlu dibeli atau tidak..
1 - Sneijder adalah pemain utama Inter yang amat berbakat pada tahun 2010..Dia telah membantu Inter memenangi 5 trophi pada tahun itu dan juga membantu Belanda dalam Piala Dunia di Afrika Selatan. Adakah kehebatan pemain tengah ini mungkin akan bersinar kembali seperti pada tahun 2010??
2 - Permintaan gaji yang tinggi juga adalah satu aspek yang perlu dipertimbangkan oleh Liverpool. Tetapi kemungkinan besar Liverpool mampu menanggung gaji Sneijder kerana Joe Cole dan Sahin sudah keluar dan peruntukan untuk Sneijder mungkin mencukupi. Sneijder juga menunjukkan minat untuk bermain di Liga Inggeris. Jadi kemungkinan besar Sneijder akan menyertai Liverpool kalau Totthenham tak buat kacau la..
3 - Sneijder adalah pemain tengah yang mempunyai kelebihan passing bola yang amat tinggi. Ada yang mengatakan dengan kelebihan ini, mudah untuk dia melepasi pertahanan EPL yang agak lemah berbanding liga-liga lain. Sekali gus dapat membantu Suarez dan rakan-rakan lain di bahagian depan untuk menjaringkan lebih banyak gol pada musim ini.
4 - Liverpool sudahpun mempunnyai ramai pemain tengah. Lucas dan Joe Allen pasti adalah pilihan Brendan Rodgers dalam mengemudi barisan tengah. Disamping kapten yang amat berkebolehan, Steven Gerrard. Namun seperti yang kita nampak prestasi Gerrard semakin merosot, kelajuan semakin kurang, tendangan dari luar kotak penalti pun dah semakin slow, pergerakan atas padang pun semakin kurang. Prestasi Allen pun nampak semakin menurun. Jadi adakah perlu Sneijder masuk untuk memperbaiki kekurangan ni?? Ataupun akan prestasi Sneijder pun lebih kurang je ??
5 - Adakah bakat Sneijder pada tahun 2010 masih boleh dikembalikan?? Terpulang kepada BR untuk membuat keputusan. Kalau dia yakin Sneijder boleh kenapa kita tak boleh yakin. Lagipun Sneijder telah lama tak bermain real football sejak September lagi. Mungkinkah dia dapat mengembalikan bakat-bakat terpendam beliau ??
Pandangan-pandangan di atas tiada jawapan ya atau tidak..Terpulang kepada kawan-kawan semua untuk membuat keputusan. Boleh la bincang dengan kawan2 mana yang perlu. Keputusan sebenar tetap pada pengurusan Liverpool. Harap-harap beli la. Konfirm Sneijder masih berbisa. Liverpool need more star. Budak-budak tak payah la ramai sangat.
Sila la share ye..TQ..
Personal information |
Full name | Wesley Sneijder[1] |
Date of birth | 9 June 1984 (age 28) |
Place of birth | Utrecht, Netherlands |
Height | 1.72 m (5 ft 8 in)[1] |
Playing position | Midfielder |