Sunday, March 21, 2010

Antara Widgeo Dan 99counters

Jenis counter yang biasa diletakkan dalam blog ialah dari widgeo dan yang terbaru ni aku jumpa kat internet ialah 99counters. Fungsi dan layoutnya seakan-akan sama sahaja. Namun antara widgeo dan 99counters ada sedikit perbezaan.

Apa yang anda boleh perhatikan antara perbezaan widgeo dan 99counters ini ialah iklan pop up yang keluar dari widgeo , sedangkan 99counters tiada popup iklan. Pop up iklan ini biasanya akan melambatkan blog anda di paparkan kepada pengunjung. Lebih-lebih lagi kepada pengunjung yang mempunyai akses internet yang lembab. Ada juga antara pop-up iklan yang di tayangkan tidak sesuai untuk pengunjung dibawah umur. Ada kala iklan yang keluar memaparkan gambar separuh bogel.

Setakat ini untuk web counter 99counters tidak ada pula pop-up iklan yang dipasang , cuba berhati-hati apabila hendak memasangnya di blog anda kerana dalam skrip yang diberi ada link untuk iklan casino / perjudian. Jadi anda boleh mengedit skrip yang diberi dengan membuang link ke laman berkenaan.Mungkin link tersebut adalah penaja mereka.

Jadi anda buatlah pilihan yang mana satu pilihan kalbu antara widgeo atau 99counters . 

original entry from - http://tutorialforblogger.blogspot.com/2010/03/antara-widgeo-dan-99counters.html

2 comments:

  1. malu nak letak counter dekat blog sbb reader yg xbyk..nnt kantoi...hahah
    btw suke la lagu dekat blog neh..

    ReplyDelete