Sunday, March 20, 2011

Keputusan Piala FA 2011 Suku Akhir Kedua..

4 perlawanan kesemuanya..Perlawanan antara Pahang dan KL berlangsung sehari lebih awal..Keputusan perlawanan adalah seperi berikut..

Pahang 0 vs 0 K. Lumpur
Pahang menang agregat 2-1
Felda United  0 vs 3  Kelantan
Kelantan menang agregat 5-2
Johor  1 vs 2  Selangor
Selangor menang agregat 5-2
Terengganu  3 vs 1  Perak
 Terengganu menang agregat 5-4

4 Pasukan layak ke separuh akhir dimana Selangor bertemu Kelantan manakala Pahang menentang Terengganu..

Thursday, March 17, 2011

Meneladani Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh..

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.


Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.


p/s - Kalau dikaji sendiri kepimpinan Al-Fateh mesti semua orang akan kagum dengan strategi dan kesungguhan beliau..Banyak yang menarik tentang tokoh ini..WaveX pun cedok kat iluvislam je ni..Kalau korang nak baca lebih lanjut klik SINI..

Wednesday, March 16, 2011

Keputusan Piala FA 2011 Suku Akhir Pertama..

4 perlawanan berlangsung..Keputusan perlawanan adalah seperti berikut..

Kelantan 2-2 Felda

K.Lumpur 1-2 Pahang

Perak 3-2 Terengganu

Selangor 3-1 Johor

Pasukan Selangor membawa bekalan selesa manakala Kelantan dalam bahaya..

Tuesday, March 15, 2011

Jadual Piala FA 2011: Suku Akhir

Perlawanan hari ini melibatkan 8 pasukan yang telah menang pada peringkat sebelum ini..Beberapa pasukan pilihan masih kekal, manakala ada yang sudah tersingkir..

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

Semua peminat mengharapkan permainan yang menarik daripada para pemain..Semoga mutu bola sepak tanah air sentiasa di tahap yang membanggakan..

DiGi bakal menghujani anda dengan pelbagai ganjaran menarik setiap kali anda isi semula dengan pelan-pelan DiGi Prepaid™..Klik SINI untuk maklumat lanjut..
Anda ada iPhone?? Klik SINI
Apa kaitan BONUSLINK dan Digi?? Klik SINI

Saturday, March 12, 2011

Keputusan Liga Super 12/3/2011..

Assalamualaikum semua..Keputusan perlawanan akan diupdate dari semasa ke semasa..Sila refresh page untuk keputusan terkini..Keputusan penuh perlawanan akan diupdate selepas perlawanan tamat..

KEPUTUSAN PENUH

Felda 2 vs 0 Perlis

Kedah 2 vs 1 Terengganu
Reesyafiq Alwi  min-29
Khairil Muhaimeen min-63
Firdaus Fauzi min-67
 
N. Sembilan 1 vs 2 Selangor
Shahurain (pen) min-12
Amri Yahyah
Safiq Rahim

Pahang 2 vs 0 Kelantan

T.Team 0 vs 0 Perak

Sabah  vs  Harimau Muda


Dikhabarkan perlawanan di Stadium Likas ditunda kerana faktor cuaca..

Anda ada iPhone?? Klik SINI
Apa kaitan BONUSLINK dan Digi?? Klik SINI

Jadual Liga Super 12 Mac 2011..

Assalamualaikum..Malam ni akan berlangsung 6 perlawanan Liga Super 2011..Beberapa perlawanan menarik berlangsung malam ini..


Felda vs Perlis
Kedah vs Terengganu
N. Sembilan vs Selangor
Pahang vs Kelantan
T.Team vs Perak
Sabah vs Harimau Muda

Keputusan perlawanan akan di update malam ini di blog ini..Keputusan penuh akan diberikan selepas perlawanan tamat..



Monday, March 7, 2011

Alhamdulillah....Dia Sudah Bertunang...

Mari bersama kita hayati kisah percintaan ini...

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... .....

............ .

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

~ credit to http://misshpa.blogspot.com/2011/02/alhamdulillahdia-dah-bertunang.html ~

Sunday, March 6, 2011

Video Gol Pertama Safee Sali di Indonesia..

Bekas penyerang Selangor, Safee Sali menjaringkan gol sulung @kemenangan bagi kelab barunya, Pelita Jaya menentang Sriwijaya FC dalam Indonesia Super League (ISL) pada 5 Mac 2011 (Sabtu).


Dengan kemenangan 1-0 di tempat sendiri, Pelita Jaya melonjak dari tangga terbawah (15) ke tangga 13 (berkongsi 13 mata dengan Persela Lamongan tapi perbezaan jaringan gol). Sriwijaya FC menduduki tangga ke-6..





Tahniah diucapkan kepada Safee Sali. Semoga beliau dapat mengharumkan nama Malaysia di luar negara dan juga membantu Pelita Jaya meningkatkan kedudukan di dalam ISL.

Saturday, March 5, 2011

Keputusan Contest : Saya Suka Blog WaveX Rider..

Assalamualaikum semua..Seperti yang dijanjikan..Dibawah disertakan senarai entri bertuah yang akan menerima sedikit habuan..Terima kasih kepada semua yang sudi menyertai..Semoga keikhlasan kalian akan dibalas oleh Allah kelak..InsyaAllah..

Pertama : eb ezrin2
Kedua : Novelgurl
Ketiga : Noorhidayah binti Salehhudin




p/s - Kepada semua yang pemenang boleh hubungi waveX di FB atau emel wavexrider@gmail.com ..Jangan risau wave akan cuba hubungi korang tapi kerjasama dari korang amatlah diperlukan..Sekian TQ

Terima Kasih kepada Semua Blogger Ini..

Assalamualaikum semua..Maaf sebab lambat update..Sekarang wave akan sibuk sampai bulan 4 ni..Jadi kurangla sikit update blog..Kepada semua yang sudi singgah dan membaca wave ucapkan jutaan terima kasih..Jutaan terima kasih kepada semua yang menyertai segmen yang wave anjurkan..Hadiah biase2 je..Di bawah disertakan senarai peserta :

http://firdauskasim.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-blog-wavex-rider.html

http://www.sunahsukasakura.com/2011/02/contest-saya-suka-blog-wavex-rider.html 

http://aremelyna.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-blog-wavex-rider.html

http://barneyxshex.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-blog-wavex-rider.html 

http://reality2fantasy.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-blog-wavex-rider.html

http://asnithechampions.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-blog-wavex-rider.html 

http://taufiqhelios.blogspot.com/2011/02/saya-suka-blog-wavex-rider.html

http://cphidayah.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-blog-wavex-rider.html

http://kucingoren93.blogspot.com/2011/02/saya-suak-blog-wavex-rider.html

http://mamiuyuncontest.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-blog-wavex-rider.html

http://mamaaerishtwo.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-blog-wavex-rider.html

http://myshaizharblogcontest.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-blog-wavex-rider.html

http://budaklogam.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-blog-wavex-rider.html

http://born2touchurheart.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-blog-wavex-rider.html 

http://wangerrard.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-blog-wavex-rider.html


http://naj88naj.blogspot.com/2011/02/contest-saya-suka-blog-wavex-rider.html

p/s - Thanks sebab join..InsyaAllah wave akan bagi keputusan dalam masa terdekat..

Piala FA 2011 : Keputusan 4/3/2011..

Assalamualaikum semua..Di bawah disertakan keputusan penuh perlawanan :

credit to http://beritabolaterkini24jam.blogspot.com/

Tuesday, March 1, 2011

Liga Super 2011 : Kedudukan Terkini 1/3/2011..

 
Pasukan
P
  M
Kelantan
6
14
Perak
6
12
Terengganu
6
11
Selangor
6
11
Felda United
6
11
Harimau Muda
6
9
N.Sembilan
6
9
Pahang
6
7
K.L
6
6
Kedah
6
6
Johor
6
5
Sabah
6
5
T.Team
6
4
Perlis
6
   2





Liga Super 2011 : Keputusan Liga Super 1/3/2011..

Liga Super 2011 : Keputusan Liga Super 1/3/2011..

Assalamualaikum semua..Malam ini, 7 perlawanan berlangsung bagi Liga Super Malaysia..Perlawanan antara Perak dan Harimau Muda boleh ditonton secara live di Astro Arena..


Keputusan Penuh

Felda United   2  vs  0   T.Team 
                                         Faderin Kadir min-62 
                                         Zamri Chin min-66

Kelantan   3  vs  0   Negeri Sembilan
                                      S.Chanturu min-57                                                                  
                                      Norshahrul Idlan min-76 , 81

Pahang   2  vs  2   Sabah 

Perak   1  vs  1   Harimau Muda

Perlis   0  vs  0   Kuala Lumpur

Selangor   2  vs  0   Kedah
                                    Fazdli Shaari min-53
                                   Asrarudin min-85

Terengganu   3  vs  0   Johor FC
                                        Ismail Faruqi min-13 
                                        Hardi Yahya min-6                            

Liga Super 2011 : Kedudukan Terkini 1/3/2011..

p/s - Perlawanan malam ini menyaksikan 16 gol telah berjaya dijaringkan..Semoga Liga Super akan lebih bertenaga lepas ni..
Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat penjaring gol, sila komen di bawah..

Contest : Saya Suka Blog WaveX Rider..

ENTRI MELEKAT SEHINGGA 1 MARCH, SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI-ENTRI TERBARU. TERIMA KASIH~ ;)

Assalamualaikum semua..Hari ni wave nak buat satu contest paling simple dan mudah..Korang buat entry simple-simple je..Simple tapi menarik..

Syarat-syarat..

1. Buat satu entri dengan menjawab soalan-soalan di bawah..
        -pilih satu entri yang korang suka blog wave ni, kemudian nyatakan kenapa korang suka entri tersebut..
        -lepas tu lengkapkan slogan "Saya Suka blog WaveX Rider kerana..."
2. Letak header waveX kemudian linkkan ke entri ni..
3. Tajuk entry "Contest : Saya Suka Blog WaveX Rider"
4. Komen link entri anda kat entri ni..
5. Tag beberapa orang..Tak kisah berapa pun..Sorang pun boleh..

Entri yang bertuah akan memenangi :
Tempat Pertama - Topup 10 Ringgit dan  Iklan di blog waveX selama 1 bulan..
Tempat Kedua -Topup 5 Ringgit dan Iklan di blog waveX selama 1 bulan..
Tempat Ketiga - Iklan di blog waveX selama 1 bulan..

p/s - buat ringkas-ringkas je..hehe..Mudah je kan..Jom la join..Pemenang yang bertuah akan dipilih melalui random.org..Tarikh tamat contest ni adalah 1/3/2011..:-)
kepada sesapa yang nak buat tajaan boleh hubungi waveX kat FB..