KUALA LUMPUR: Umno terbukti tiada lagi rasa malu kerana menggunakan cara yang hina dan biadab untuk menghukum Bersih, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Akhirnya, kawan Umno sendiri, (Presiden Gerakan, Tan Sri Dr) Koh Tsu Koon mengecam tindakan membuat senaman punggung di hadapan rumah (Pengerusi Bersih, Datuk S) Ambiga itu.
"Tetapi saya yakin kecaman Koh itu tidak akan memberi apa-apa perbezaan dan tidak memberi apa-apa kesan kerana Umno sendiri semakin membuktikan ia tidak ada lagi mempunyai adab dan rasa malu," kata beliau sambil menyatakan beliau diberitahu bahawa-bahawa blog-blog Umno saling mengucapkan tahniah kepada mereka yang membuli Ambiga itu.
Koh menyifatkan tindakan penungging-penungging punggung itu sebagai sebagai kasar dan tidak sensitif.
Bagi Mahfuz, sekalipun Umno mahu melepaskan geram kerana terlalu kecewa dengan kehadiran ratusan ribu rakyat berbilang kaum dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, mereka tidak perlu menggunakan cara yang tidak beradab dan jijik sehingga melalukan gangguan seksual di hadapan rumah mangsa yang hendak dibuli.
No comments:
Post a Comment