Friday, November 30, 2012

1 Malaysia jadi Pegangan



Iklan di TV ajar:

"1Malaysia jadi PEGANGAN,"
"Rukun negara teras PANDUAN"

Ustaz di masjid ajar:

"Al-Quran dan Hadis jadi PEGANGAN,"
"Rukun IMAN dan ISLAM teras PANDUAN"

Saya ikut apa yang Ustaz ajar :D

Wednesday, November 28, 2012

Lelaki yang Cantik, Perempuan yang Gagah



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Perempuan yang gagah,adalah:-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman...

Tuesday, November 27, 2012

Siapakah hamba Allah yang mulia?


Suatu hari..

Nabi bertanya: "Siapakah hamba Allah yg mulia?"

Sahabat menjawab: "Para Malaikat ya Rasulullah"
Sahabat: "Tentulah para Nabi, merekalah yg mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata: "Ya, mereka mulia tapi ada yg lebih mulia"

Para Sahabat terdiam lalu berkata: "adakah kami yg mulia itu ya Rasulullah?"

Nabi berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu p'juanganku, tetapi bukan kalian yg aku maksudkan..

Nabi menundukkan wajahnya, Baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata..

"Wahai sahabatku, mereka adalah manusia2 yg lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian..mereka tidak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sgt rindu kpdku & saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA..MEREKALAH UMATKU!!

Pernahkah anda terfikir? bagaimana reaksi Rasulullah apabila melihat umatnya pada zaman skrg ni?? adakah kita tergolong dlm golongan yg dimaksudkan oleh RASULULLAH itu? kita mengaku cinta kan AGAMA! kita mengaku cinta kan RASULULLAH! Tapi..hakikatnya?? apa buktinya??

(T_T) Menangislah wahai teman...

Monday, November 26, 2012

Tangisan Kanak-Kanak Palestin



Seorang kanak-kanak perempuan dipalestin ditembak lalu dibawa ke hospital. sesampainya di hospital, kanak-kanak itu terus dihantar kedoktor untuk merawatnya. Beberapa ketika kemudian kanak-kanak perempuan itu menangis, doktor yang merawatnya berkata " sabar, saya tahu ianya memang sakit, kamu bertahan ya, insyaAllah kamu akan pulih." Lalu kanak-kanak perempuan itu berkata sambil teresak-esak " saya bukan menangis kerana sakit, tapi saya menanggis kerana abi, ummi, kakak, abang juga adik saya yang lain masih berhempas pulas mempertahankan islam, sedangkan saya selesa berbaring disini." Doktor yang merawat kanak-kanak perempuan itu menitiskan air mata medengarkan jawapan itu. Sungguh tak menyangka sungguh bersih jiwa kanak-kanak perempuan itu.

Subhanallah, maha suci Allah. sungguh jika ditakdirkan kita berada di tempat kanak-kanak tu, apa perlakuan kita.
Umat islam ditindas, kita tahu tapi ramai yg lebih suka buat tak tahu. umat islam kelaparan, kita tak pernah mahu ambil tahu.

Bantulah umat islam yang lain, jika kita tak mampu membantu dengan tenaga atau duit, andai kita mendoakan itu juga dikira membantu, satu lagi yang kita dapat membantu umat islam. BOIKOT BARANGAN ISRAEL !

Sunday, November 25, 2012

Jadual Malaysia vs Singapore AFF Suzuki 2012..


Semua penyokong Harimau Malaya dijemput hadir ke stadium !!

Kotak paling berdosa



◕‿◕) KOTAK Paling BERDOSA?? (◕‿◕)

Aa : Ehh , jom solat ~
Bb : alohhhh malas :(
Aa : haa , ko tahu tak ? banyakII Kotak , Kotak apa yang berDosa ?
Bb : Kotak ? Dosa ¿ uhh o.O Kotak apa ?
Aa : Ko Tak Sembahyang -.-
Bb : ceiitttt >.< yela yela ~.~

Saturday, November 24, 2012

KEBANGKITAN TORRES



BENITEZ RANCANG KEBANGKITAN TORRES

Rafael Benitez yakin dia boleh membawa keluar yang terbaik dalam Fernando Torres di Chelsea, selepas dinamakan sebagai pengurus baru kelab itu pada Rabu.

Benitez, yang ditetapkan secara rasmi diumumkan sebagai pengurus baru Chelsea, berharap untuk membuktikan kepada Roman Abramovich bahawa dia layak tinggal lebih lama di Stamford Bridge selepas menandatangani perjanjian jangka pendek di kelab itu.

Salah satu langkah awal Benitez adalah mahu memastikan Torres mengulangi aksi terbaiknya sewaktu bersama Liverpool sebelum ini dapat diteruskan bersama Chelsea.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu menjaringkan 65 gol dalam 102 penampilan liga untuk Liverpool, beroperasi sebahagian besarnya di bawah pengaruh daripada Benitez. Sejak pemindahan memecah rekod £50 juta dari Liverpool, prestasiTorres di Chelsea agak mengecewakan dengan hanya mampu menjaringkan 11 gol dalam 58 perlawanan.

Benitez bernasib baik



Ferguson: Benitez bernasib baik

Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson telah menyindir Rafael Benitez dengan menyatakan bahawa beliau hanya bernasib baik.

Saingan sengit dalam pertembungan antara Manchester United dan Liverpool semasa pengurus Sepanyol itu berada di Liverpool kini berterusan lagi.
Ferguson dan Benitez telah bertelingkah apabila pengurus Manchester United itu enggan menjual Gabriel Heinze kepada Liverpool dan pada tahun 2009, pengurus Scotland itu telah menyatakan yang Liverpool terjejas kelemahan keyakinan.
Benitez telah membalas dengan mengatakan yang Ferguson hanya berjaya kerana mendapat pihak FA memilih kasih.
Setahun kemudian, United kemudian menang kejuaraan liga dan Benitez meninggalkan Liverpool.
"Benitez telah lama menunggu peluang untuk bekerja dan amat bernasib baik kerana mempunyai peluang untuk meraih dua kejuaraan walaupun tidak menyumbang kepada pasukan." kata Ferguson.

Friday, November 23, 2012

Buku Hari Ini - Fikh Kerahsiaan Wanita



Fikh Kerahsiaan Wanita
Penulis: Dr. Saadudin Mus'ad Hilali (Professor Fikh Perbandingan, Universiti Al-Azhar)
Penterjemah: Fauwaz Fadzil (BA Syariah Islam, Universiti Al-Azhar)
Terbitan: Pelima Media Sdn. Bhd.
Harga: RM20.00

Sesungguhnya Allah telah menciptakan wanita sebagai makhluk yang menempati tahta keistimewaannya yang tersendiri. Kedatangan Islam tambah menjulang maruah wanita ke darjat yang sangat tinggi. Islam menyakskan betapa jatidiri wanita mempunyai pengaruh yang sangat "vital" dalam proses kelangsungan kehidupan manusia sejagat, malah prestasi sumbangannya menjadi indikator terpenting terhadap kualiti kesejahteraan hidup masyarakat. Tidak hairanlah, dengan kedudukan dan peranan yang begitu strategik, Islam memperuntukkan disiplin dan etika hidup khusus untuk kaum wanita demi memastikan kehormatan dan kebajikan dirinya terpelihara dengan sebaik mungkin.


Saidatina Aisyah, seorang "ikon" pejuang kemurnian peribadi wanita, merupakan orang yang paling mendalam ilmunya di dalam bidang "fikh wanita". Jelas, buku ini tiadalah mampu menggantikan Saidatina Aisyah dalam merungkai permasalahan wanita, namun buku ini bertindak sebagai petunjuk kepada hukum-hukum fikh yang khusus membicarakan persoalan alat sulit wanita bagi memimpin kaum wanita terus berada di dalam ketetapan syariat Islam, secara tersusun, ringkas tetapi padat.InshaAllah.

KANDUNGAN
  1. Perbahasan Pertama : Hukum Bersuci, Aurat & Berkhatan Terhadap Faraj Wanita
  2. Perbahasan Kedua : Hadas-Hadas Yang Keluar Melalui Faraj
  3. Perbahasan Ketiga : Hukum Bersetubuh, Hukum Bersetubuh Ketika Wanita Hamil Dan Hukum Azal
  4. Pebahasan Keempat : Hukum-Hukum Yang Berkaitan Dengan Wanita Hamil
  5. Perbahasan Kelima : Hukum Melakukan Jenayah Ke Atas Kemaluan Wanita

sumber - pustakaiman.blogspot

Thursday, November 22, 2012

Buku Hari Ini - Gadis Berniqab




Gadis Berniqab
Penulis: Mohd Masri
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM20.00

Jiwa Alice memberontak, entah kenapa dia seakan mahu marah. Masakan dia dapat menerima apabila wanita disamakan dengan keldai dan anjing hitam. Dia tidak sabar-sabar menunggu Humaira selesai menunaikan solat

Tuesday, November 20, 2012

Cara Berkesan Mandikan Kucing


Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

Budak: Mati...

Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju...

Monday, November 19, 2012

Suami yang Miskin


Seorang isteri marah pada suaminya untuk kesekian kalinya.

Isteri: "Mengapa kamu tidak memberitahu saya terlebih dahulu yang kamu miskin hah!"

Suami: "Saya sudah beritahu kamu, kamu hanya mengangguk dan tidak mahu memahami." 

Isteri: "Apa yang kamu katakan?"

Suami: "Saya beritahu kamu, cuma kamulah satu-satunya milikku di dunia ini..."

Isteri: "#$*@#!?"

Sunday, November 18, 2012

Kisah Burung dan Cicak



Tatkala Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh kaumnya, lalu datang seekor burung kecil menggunakan paruhnya untuk mengambil air lalu dituangnya kepada api. Ada seekor cicak pula datang kepada api lalu meniup2 agar api lebih marak.

Ditanya kepada burung, mengapa engkau berbuat begitu, tiada guna kerana air sekecil itu takkan mampu memadam api. Lalu si burung menjawab, aku tak mahu disoal di akhirat kelak kerana berdiam diri dan tidak menghulur bantuan. Si cicak pula dilaknat kerana usaha bantu memarakkan api walau tiada guna tiupannya itu.

Bagaimana sikap kita dengan umat Islam yg diserang musuh?

credit to shahirul.com

Zuriat Ayam


ayam dan lembu mengadu masalah sesama mereka.

si ayam: bu, kau tau tak aku ade masalah?
si lembu: ??ape masalah ko ,yam?
si ayam: aku ni kan, hari2 bertelor, bile la aku nak ade zuriat..
si lembu: eh, kau bertelor tu ,kire zuriat kau la.
si ayam: masalah nya, setiap kali aku bertelor je,diorg amek. wat makan2. bile nye aku nak ade zuriat?
si lembu: oo.. ala, masalah kau kecik je. masalah aku , besar tau.
si ayam: eh, kau pon ade masalah? besor sangat ker?
si lembu: iye la.
si ayam: ape masalahnye?
si lembu: aku nie haa, hari2 orang perah susu aku, amek susu aku, minum susu aku, tapi...
tak pernah diorang panggil aku 'mak' :( sedih aku. at least, kalau diorang panggil aku 'mak' ,sejuk sikit hati aku. terharu aku tau :')

so, apa yang anda fikirkan?? berhentilah daripada pengambilan telor secara berlebihan. dan... panggil la lembu 'mak' x..kesian lembu tu. takde orang appriciate susah payah dia untuk bagi susu pada kita..






Saturday, November 17, 2012

GAMIS Serah Memorandum Minta Bantuan Mesir


Kuala Lumpur, 16 Nov 2012 : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini diberitakan telah menye
rahkan satu memorandum berkaitan isu Gaza kepada Duta Mesir, Yusuf Hasyem di Kedutaan Mesir di ibu negara tengahari tadi.

Presidennya, Muhamad Azan Safar, telah delegasi berkenaan bersama Eikhwan Ali, Timbalan Presiden dan Izzaz Ismail, Ketua Penerangan GAMIS.

GAMIS menuntut tiga perkara daripada kerajaan Mesir :

1) Memastikan Kerajaan Mesir menghulurkan bantuan baik dari aspek material dan moral kepada penduduk Gaza.

2) Meminta Kerajaan Mesir menghantar pulang kedutaannya di Israel.

3) Menuntut Kerajaan Mesir menggesa Liga Arab dan OIC agar bertindak membantu rakyat Ghazzah dan mengecam serangan Israel ke atas Ghazzah.

Menurut wakilnya, pertemuan yang berlangsung hampir 40 minit itu disambut baik oleh Duta Mesir dengan mengatakan bahawa beliau yakin Kerajaan Mesir di bawah pimpinan Dr Morsi akan melaksanakan semua tuntutan tersebut dan memorandum berkenaan akan difakskan ke Mesir untuk maklumat kerajaan di sana.

Sumber : Penerangan GAMIS

UCAPAN DR MORSI MENGGERUNKAN ISRAEL



"Saya memberitahu mereka bagi semua orang Mesir bahawa Mesir hari ini tidak sama macam Mesir semalam dan bahawa Arab hari ini adalah berbeza daripada orang-orang Arab semalam," katanya selepas solat mingguan Islam di masjid Kaherah.

"Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendiri."
kami tentera tak takut mati..

Perkahwinan Bujan Jual Anak


Bakal mertua : Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye...

Bakal menantu : Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat...

Bakal mertua : Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap.

Bakal menantu: Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 20ribu.. 22ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus, anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan.

Bakal mertua : @$%@#@#$%^#@#$^&&%#@

Perkahwinan tu bukan perniagaan...

Full Video Maharaja Lawak Mega 2012 - Episod 1..

Walaupun episod pertama tapi banyak kumpulan menunjukkan persembahan yang terbaik..Tahniah untuk semua..




Friday, November 16, 2012

Lawak Atok Meninggal


Cucu: Atok! Nanti boy balik sekolah, atok jangan masuk sekola boy taw!

Atok: Kenapa?

Cucu: Boy bagi alasan kat cikgu, semalam boy tak datang sebab atok meninggal..

Atok: +@#*?!-@

Thursday, November 15, 2012

Ayam dan Jagung



Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak. 

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang? 
Lelaki : Ya doktor. 
Doktor : Siapa kamu sebenarnya. 
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

Video Gol Malaysia vs Hong Kong 14/11/2012

Keputusan Penuh Malaysia 1-1 HongKong



Wednesday, November 14, 2012

Buta Huruf



Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

Tuesday, November 13, 2012

Jersey Baru Malaysia 2012



Jersi baru Malaysia 2012

Pasukan Malaysia akan menggunakan jersi ini dalam Piala AFF 2012..










Wanita Ingin Bunuh Diri



Seorang lelaki berwajah garang terlihat seorang gadis cantik bergaun panjang sedang berdiri di atas pagar jejambat.

Ia menghentikan motornya dan bertanya :"Apa yang sedang kamu lakukan?"

Gadis itu menjawab :"Saya ingin bunuh diri..."

Mengambil kesempatan ini si lelaki berkata:"Kalau begitu sebelum kamu melompat,berikan saya ciumanmu yang terakhir."

Si gadis pun menciumnya dibibir.Setelah ciuma
n berakhir,si lelaki dengan wajah berseri-seri berkata:"Mengapa kamu ingin bunuh diri?Ciumanmu begitu panas dan menggairahkan.Pasti banyak lelaki yg akan tergila-gila dengan ciumanmu ini."

Dengan sedih si gadis menjawab :"Saya ingin bunuh diri kerana ibubapa dan keluarga saya menentang saya berpakaian dan berdandan seperti WANITA....Auwww

Monday, November 12, 2012

Derma Tabung Masjid



Seorang anak muda duduk di masjid menunggu khutbah Jumat, melihat dengan tidak begitu senang kepada kotak sumbangan yang di tolak ke arahnya.

Dia membuka dompetnya dan memilih-milih wang yang terkecil untuk disumbangkan.
...

Dengan berat hati dia memasukkan wang 10 sen .- ke kotak tabung masjid.

Sebelum dia menolak kotak itu ke sebelah, seorang org tua di belakang menepuk bahunya, dan memberikan dua keping wang kertas rm 50.

Dia terkesima dan hairan, tapi dia segera memasukkan dua keping wang kertas tersebut ke tabung masjid, dan menolaknya ke jemaah berikutnya.

Dia menoleh ke orang tua tersebut dan berkata: “banyak sangat bagi duitnya pakcik, sikit- sikit sudahlah, sayang plak rasanya nanti?”

Orang tua tersebut tersenyum dan menggeleng ramah, dan mengatakan: “Bukan bgitu dik, itu tadi duit adik yang jatuh dari dompet.”





:-)

Rebat Tol Sempena Deepavali




KUALA LUMPUR 8 Nov. - PLUS memberi rebat kepada pengguna rangkaian lebuh raya PLUS yang membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena cuti Deepavali dan Awal Muharam ini.
Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, pengguna kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 13 Nov bersempena Deepavali.

Sebagai tambahan, pengguna sistem tersebut juga akan menikmati rebat tol sebanyak 10 peratus pada 14 Nov dan 16 Nov.

"Rebat tol ini boleh dinikmati sepanjang hari tanpa tempoh terhad dan tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang," katanya.

Pengguna yang layak boleh menuntut rebat tol apabila menambah nilai kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go bermula pada 1 Jan hingga 31 Mac 2013 di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121108/dn_29/PLUS-beri-rebat-tol-sempena-Deepavali-Awal-Muharam#ixzz2Bx9sNsPT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suarez berjaya curi 1 mata

Liverpool mendapat 1 mata di Stamford Bridge selepas seri dengan Chelsea 1-1.. Pasukan Chelsea mendahului dengan 1-0 hasil tandukan Terry daripada sepakan sudut yang diambil oleh Juan Mata.

Gol penyamaan Liverpool dijaringkan oleh Luis Suarez selepas menanduk masuk bola daripada Carragher.

Jumlah gol Suarez terkini adalah 8 gol..

MOTM - Luis Enrique


Keputusan EPL 11/11/2012

Man City 2-1 Tottenham
Newcastle 0-1 West Ham
Chelsea 1-1 Liverpool

Sunday, November 11, 2012

Edin Dzeko SuperSub Man City

Manchester city mencatat kemenangan 2-1 ke atas tottenham walaupun ketinggalan 1-0 pada awalnya..
Gol tottenham dijaringkan oleh Caulker. Gol city dijaringkan oleh Aguero dan Dzeko..


Man City 2-1 Tottenham
Gol
21' - S. Caulker
66' - S. Aguero
88' - Edin Dzeko

Assist
Tom Huddlestone
David Silva

Kubur Wanita Lebih Dalam



Isteri : "Abang...bleh sayang tanya?
Suami: Yer sayang nak tanya apa?
Isteri : "Sayang pelik la abang..kenapa syarat dalam Islam..bila lelaki meninggal
dunia..kubur nya digali sedalam 5 kaki...tapi kubur wanita..berlainan digali
sedalam 7 kaki?"
Suami : ooo..insyaAllah senang ja jawapannya tue
.. (sambil tersenyum)..kalau nak tau
Islam nie agama yang sangat prihatin dan bijaksana.
"Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika
berlaku banjir..jenazah wanita tersebut xakan terapung ke atas dan akhirnya
akan membuka aurat jenazah..Islam sgt menjaga aurat kaum wanita..sampai
kan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun..Islam masih melindungi
aurat kaum wanita.
Isteri : "SubhanaAllah..besarnya kuasa Allah ya abang."
Suami : (hanya tersenyum) :)

*moral of dialog : Wahai kaum wanita..tutuplah aurat mu dengan sempurna..ketika masih bernyawa..kerana insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak..subhanaAllah...Allahuakhbar!!!*

Keputusan EPL 10/11/2012

‎EPL MATCH RESULT

Stoke City 1 - 0 QPR
Reading 0 - 0 Norwich
Everton 2 - 1 Sunderland
Arsenal 3 - 3 Fulham
Aston Villa 2 - 3 M.U