Saturday, April 24, 2010

Exam???Macam mana ni???


Assalamualaikum,lama jgk WaveX x update blog..biasa la sibuk exam..Sebelum tu saya nak mohon maaf kepada semua peserta contest..InsyaAllah minggu depan saya tulis entry untuk keputusan contest tu..keputusan dah ada, cuma pertukaran dari segi hadiah berlaku sikit..


Hari ni nak kongsi sedikit ilmu kepada semua mahasiswa dan kepada semua blogger..Kdg2 bila nk exam mmg menakutkan..


TEGUH SEMASA EXAM DI KALA JIWA BERGONCANG


Ah, exam dah dekat! Banyak lagi yang tak cover nih! Harap-harap sempat habiskan.
Sering meniti di bibir yang  bergelar pelajar. Di saat nak exam inilah kebiasaannya segala emosi kan terekspresi. Tak sabar, marah, geram, rindu, sedih, kesal, tak tentu arah, dan sebagainya.
Sekarang, mari tenangkan hati, lapangkan dada, kosongkan fikiran. Dan RECALL balik apa dah kita buat sepanjang hari ni.

BERAPA JAM & BERAPA PERATUS?
Bermula dari bangun tidur, solat subuh, ke waktu zohor, sehinggalah ke saat ini.
Agaknya, berapa jam masa yang diperuntukkan untuk studi?
Katakan 6 jam sehari (bersempena exam) kita mengulangkaji, berapa jam daripadanya yang betul-betul berkualiti?
Katakan daripada itu, 4 jam ulangkaji kita berkualiti, berapa jam daripadanya yang anda akan betul-betul ingat sehingga anda tiba di exam hall nanti?
Katakan 3 jam setengah daripada ulangkaji anda selama ini anda ingat sehingga tiba ke dewan peperiksaan, berapa peratus daripada yang diingati itu akan keluar dalam kertas soalan?
Katakan yang keluar adalah 85% daripada apa yang dipelajari, berapa peratus yang anda betul-betul boleh jawab? Berapa % pula markah yang mungkin anda dapat setelah melalui mesin penyemak borang OMR, jawapan tak pasti, negative marking, dan sebagainya, mood pemeriksa?
Setelah dicongak-congak, ini bermakna apa yang dipelajari selama 6 jam sehari,  peratusan yang berbaloi hanyalah kira-kira 50-60% sahaja!! Dan itupun bergantung kepada kuatnya daya ingatan seseorang.
Pelik, kenapa  sejarah membuktikan, walaupun 50-60% sahaja yang berbaloi daripada usaha kita selama ini, peratusan pelajar lulus hamper di mana-mana kolej, universiti melebihi 70%! Dari manakah datangnya peratus yang selebihnya?

Dari manakah datangnya peratus yang selebihnya?
Firman Allah SWT yang bermaksud
Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak-disangka- sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. At-Talaq : 3

Cukup sempurna sekali diterangkan bahawa pertolongan Allah datangnya dari jalan yang selama ini tak pernah kita sangka-sangka.
Dah cukup atau tidak untuk menjelaskan bahawa jam yang diperuntukkan untuk mengulangkaji sebenarnya tidak sedikitpun berkadar langsung dengan natijah yang bakal kita dapat?

Dan apakah kita masih lagi berkira-kira dengan solat berjemaah, dhuha, tahajjud, tadarus Quran, ziarah, tolong sahabat, demi mencukupkan bilangan jam studi tadi?
Tidak dinafikan kepentingan usaha (peri penting), tapi pastikan sunnatullah dan syariatullah selari.

Pemberat yang paling besar dalam meletakkan harapan ialah pengharapan dan pergantungan kepada Allah, setelah bertekun duduk di meja belajar. Dan pergantungan serta harapan ini menuntut keistiqamahan dalam mengingati-Nya.

Dan dengan meyakini kita perlu kejar cita-cita kita sebagai pegawai perubatan, titipkan juga ingatan ini: “Untuk mendapatkan rahmatNya, tak masuk universiti pun kita mampu beroleh rahmat”. Maka fikir kembali kenapa kita diletakkan di bangku pengajian perubatan sekarang? Saja-saja kita diletakkan?

ASBAB CUMA
Maka menjadi doktor hanyalah asbab! Asbab yang sesemangnya wajar diteruskan mengapainya, tetapi tak lupa tujuan sebenar hidupnya kita. Warnai hari-hari anda sepanjang menjalani peperiksaan dengan amalan yang menzahirkan ingatan pada kasih dan nikmat Rabbul Izzati. Insyaallah kita kan teguh saat itu di kala sekelilig ini bergoncangan! !!

Sama-sama kita renungkan..Selamat Beramal..TQ

1 comment:

  1. all the best! bittawfiq wannajah. mulakan setiap perbuatan dgn bismillah. semoga kejayaan mengiringi anda. :D

    ReplyDelete