Tuesday, April 27, 2010

Keluhan Rasa Dari Kaum Hawa Khas Untuk Kaum Adam


Adakah ini yang dinyatakan oleh Hawa kepada Adam?

Ketahuilah!
Sesungguhnya Hawa itu adalah teman semasa Adam kesunyian di dalam syurga. Hawa asalnyanya adalah dari tulang rusuk Adam yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidup Hawa itu sentiasa inginkan bimbingan dari Adam. Hawa sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana Hawa adalah “buruan syaitan”. Allah telah mentaqdirkan kaum Hawa lebih ramai daripada bilangan kaum Adam pada akhir zaman. Adam itu diberi amanah untuk mendidik Hawa, mengawasi dan 
 menjaga Hawa agar sentiasa dalam redha Allah. Sudah diketahui bahawa Adam itu merupakan penguasa kepada kaum wanita, oleh itu Adam adalah imam dan Hawa adalah makmum. Hawa adalah pengikut-pengikut Adam kerana Adam adalah ketua. Jika Adam benar maka benarlah Hawa, jika Adam lalai, maka lalailah Hawa. Adam mempunyai kelebihan akal, manakala Hawa mempunyai kelebihan nafsu. Oleh itu, Hawa memerlukan pimpinan daripada Adam kerana Hawa sering lupa dan lalai, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya. Hawa hampir tenggelam…….. oleh itu wahai Adam tolonglah….!!

Sesungguhnya Hawa itu suka jika Adam mengimamkan solatnya pada setiap waktu. Hawa akan aminkan bacaan doa dari Adam. Lebih itu juga, Hawa itu suka jika Adam bangunkan Hawa untuk bertahajjud bersama Adam. Hawa suka jika Adam kenalkan kepada Hawa masjid-masjid dan majlis agama. Hawa suka jika Adam mengajar Hawa untuk pandai membaca dan memahami al-Quran. Hawa suka jika Adam mengkhabarkan kepada Hawa tentang fardu-fardu yang patut diketahui oleh Hawa. Hawa suka jika Adam menunjukkan kepada Hawa perkara-perkara yang patut Hawa buat. Hawa juga mengharapkan agar Adam mengajarkan kepada Hawa agar menjadi isteri yang solehah. Hawa juga mengharapkan agar Adam mendidik Hawa supaya tunduk, patuh dan menghormati Adam setiap waktu. Hawa juga mengharapkan agar Adam membantu Hawa supaya Hawa tidak menjadi beku, dan agar otak Hawa tidak menjadi buntu. Hawa juga mengharapkan agar Adam dapat menyelamatkan Hawa daripada seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa yag akan bersabar menanggungnya…

Salam dari WaveX..

No comments:

Post a Comment