Wednesday, July 6, 2011

Penjual Baju T-Shirt BERSIH..

KOTA BAHARU: Seorang peniaga hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh menjual ratusan baju-T yang tertera perkataan yang mempunyai kepentingan pertubuhan haram.


Dia didakwa menjual sebanyak 388 helai baju T berwarna kuning bertulisan BERSIH bagi kepentingan satu pertubuhan haram di sebuah pasar pagi di Jalan Datuk Pati di sini pada jam 10.45 pagi lima hari lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali kerana memiliki pakaian dengan perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram.




berita penuh --> http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PeniagadituduhjualbajuTpertubuhanharam/Article

No comments:

Post a Comment