Friday, July 8, 2011

Pertukaran Terminal Bas pada 8 dan 9 Julai 2011..

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini mengumumkan perpindahan operasi beberapa terminal bas utama di ibu kota bermula jam 12 tengah malam esok hingga jam 10 malam Sabtu bagi memastikan perjalanan bas ekspres tidak terganggu.

Operasi bas di Terminal Puduraya (kecuali laluan Kuala Lumpur-Seremban) dan Terminal Pekeliling dipindahkan buat sementara waktu ke Hentian Duta, manakala operasi bas di Hentian Putra dan laluan Kuala Lumpur-Seremban yang beroperasi di Puduraya dipindahkan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Bagi perkhidmatan bas henti-henti yang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur, hentian terakhir adalah di Stesen LRT/monorel Titiwangsa untuk perjalanan dari arah Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Kelang, Jalan Ipoh, Jalan Kuching dan Jalan Duta; Stesen Dato Keramat untuk perjalanan dari Jalan Ampang.

Stesen LRT Maluri untuk perjalanan dari Jalan Kampung Pandan, Jalan Cheras; Stesen monorel KL Sentral - untuk perjalanan dari Lebuhraya Persekutuan masuk melalui Jalan Bangsar – Jalan Travers – Jalan Tun Sambanthan; Stesen monorel KL Sentral untuk perjalanan dari arah Jalan Damansara.

Sumber - Berita Harian..

No comments:

Post a Comment