Sunday, December 18, 2011

The Reds yakin boleh menamatkan liga di kedudukan 4 teratas..

Kosmo : Amaran The Reds buat kelab elit. 
Perlawanan menentang Aston Villa malam ni menentukan kebenaran Kenny Daglish..Jom ramai2 kita tgk malam ni..YNWA
 

LONDON - Kenny Dalglish memberi amaran kepada kelab elit Liga Perdana England bahawa pasukannya, Liverpool akan memecah penguasaan mereka musim ini.Meskipun mengakui bahawa dia percaya anak-anak buahnya kini sudah cukup bagus untuk kembali bersaing dalam empat kelab terbaik, namun pengurus The Reds itu mengakui langkah terakhir selalunya adalah lebih sukar.Liverpool berkunjung ke Aston Villa hari ini dengan misi melonjak ke tangga kelima liga sekiranya menang sekali gus memberi tekanan ke atas empat pasukan di hadapan mereka menjelang tahun baharu.Dalglish menjelaskan pasukannya kini sudah boleh mencabar pasukan-pasukan handalan lain selepas dia menggunakan pendekatan strategi menyerang dalam permainan mereka."Kami semakin hampir. Walaupun ia hanya peningkatan yang sangat kecil, namun ia tetap satu pencapaian besar buat kami," kata Dalglish."Sudah tentu ia sesuatu yang mencabar untuk kembali menjadi empat pasukan teratas, tetapi prestasi kami juga sangat bagus dan kita lihat sejauh mana kami mampu pergi."Kami perlu terus mengekalkan kepercayaan terhadap apa yang kami lakukan, terus bermain seperti biasa dan lebih penting, tuah memihak kepada kami."Kami percaya kami berada di landasan yang tepat, jadi kami akan terus melakukannya," tambahnya. - Agensi

No comments:

Post a Comment