Tuesday, December 13, 2011

Sifat terpuji yang dimiliki oleh Saidatina Fatimah Radiallahu anha..

 Sifat terpuji yang dimiliki oleh Saidatina Fatimah Radiallahu anha


~ Beliau memiliki sifat yang sabar dan bertakwa yang mana sepanjang perjalanan dakwah ayahandanya, beliau telah menyaksikan pelbagai bentuk kesulitan yang dihadapi oleh baginda dan beliaulah yang mengubati kesedihan dan menghiburkan hati ayahnya saat berhadapan dengan kejahilan kaum musyrikin.

~ Antara peristiwa yang kekal dalam ingatan puteri Rasulullah ini ialah apabila menyaksikan penghinaan dari salah seorang Quraisy yang sangat buruk tingkah lakunya iaitu Uqbah bin abu Mu’aith. Uqbah menawarkan diri untuk melempar kotoran isi perut unta ke belakang tubuh Rasulullah ketika baginda sedang sujud sehingga baginda tidak mampu untuk bangkit dari sujudnya. Saidatina Fatimah segera mendatangi ayahnya untuk membersihkan kotoran tersebut sebelum menghampiri kelompok musyrikin tersebut dan dengan lantang beliau mencaci dan mencela tindakan mereka yang sangat tidak beradab.

~ Beliau juga merasai ujian pemboikotan ke atas seluruh kaum Bani Hasyim dan Bani Abd Mutalib yang mana segala urusan jual beli,komunikasi dan pergaulan telah diboikot. Kesan terbesar akibat pemulauan tersebut ialah pemergian ibunda tercinta saidatina Khadijah radiallahu anha. Selepasa daripada itu, Fatimahlah yang memikiul beban kehidupan dan berkongsi penderitaan berat yang dialami oleh rasulullah s.a.w

No comments:

Post a Comment