Friday, February 4, 2011

Banjir Melaka, Johor, NS Makin Pulih..

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Melaka dan Johor beransur pulih dengan jumlah mereka yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan tengah hari semalam.

Di Melaka, seramai 624 orang daripada 136 keluarga masih berada di lima pusat pemindahan sehingga tengah hari semalam berbanding 724 orang pagi sebelah pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri Melaka berkata, setakat pukul 12 tengah hari semalam, seramai 465 orang daripada 101 keluarga berada di tiga pusat pemindahan di daerah Jasin manakala 159 orang daripada 35 keluarga berada di dua pusat pemindahan di Alor Gajah.

Katanya, kesemua pusat pemindahan di daerah Melaka Tengah telah ditutup selepas mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di Johor, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di seluruh negeri berkurangan kepada 36,923 orang berbanding 41,095 orang pada sebelah pagi.

Sebanyak 8,661 keluarga masih ditempatkan di 180 pusat pemindahan iaitu Muar, Batu Pahat, Segamat, Kluang, Pontian, Kota Tinggi, Mersing dan Ledang.

credit to Kosmo Online..

No comments:

Post a Comment