Wednesday, February 23, 2011

Malaysia vs Pakistan : Kelayakan Olimpik Asia..23/2/2011..

Malam ini 23/2/2011 pasukan bola sepak negara akan menentang pasukan Pakistan di Stadium Shah Alam..

Pasukan negara pimpinan Ong Kim Swee kini menghuni tangga ke-140 ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bakal bertemu Pakistan di tangga ke-173..

Cabaran dipikul skuad muda negara amat besar kerana keputusan positif malam ini akan terus menambat kepercayaan peminat terhadap kemajuan bola sepak tanah air.

Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik adalah pada 1980 di Moscow, Russia (ketika itu dikenali sebagai Kesatuan Soviet) tetapi anehnya tidak beraksi kerana memboikot tindakan Soviet menyerang Afghanistan.


Antara perlawanan yang turut berlangsung malam ini..

Thailand vs Palestin
Iran vs Kyrgyzstan
Hong Kong vs Maldives
Indonesia vs Turkmenistan
Malaysia vs Pakistan
India vs Myanmar
Oman vs Tajikistan
Kuwait vs Bangladesh
Jordan vs Taiwan

No comments:

Post a Comment