Friday, February 11, 2011

KEMPEN: Kami TAK Sambut Hari Valentine..

Assalamualaikum semua, sebagai umat Islam kita perlu mengambil cakna perkara-perkara sebegini..Ada yang hanya buat tidak tahu..Buat apa nak sambut Valentine's Day??..Mungkin dah ramai yang tahu mengapa 14 Feb dipilih sebagai Valentine's Day..



Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day. [Sumber dari SINI]


Bagi suami isteri dan para ibu serta para bapa, tiada istilah Valentine's Day bagi kita yang beragama Islam..Apa beza 14 Feb ni dengan hari lain..Setiap hari adalah hari untuk berkasih sayang..Jadi jangan biarkan diri kita terjerumus dalam budaya yang tak masuk akal ni..

Sekian dari saya, kalau ada sapa-sapa yang berminat untuk turut serta menyebar kempen ini, amatlah dialu-alukan..Sila ke blog SUNAH SUKA SAKURA untuk maklumat lanjut..Sekian ~pen off~

7 comments: