Wednesday, February 23, 2011

LIVE : Malaysia vs Pakistan | Kelayakan Olimpik..

Keputusan perlawanan akan diupdate dari semasa ke semasa..Sila refresh page anda..

Malaysia  2  vs  0  Pakistan

Perlawanan lain :

Thailand  1 vs 0  Palestin
Iran  1 vs 0  Kyrgyzstan
Hong Kong  4 vs 0  Maldives
Indonesia   1 vs 3  Turkmenistan
India  2 vs 1  Myanmar
Oman  4 vs 1  Tajikistan
Kuwait  2 vs 0  Bangladesh
Jordan  1 vs 0  Taiwan

p/s - Keputusan penuh perlawanan akan diupdate selepas semua perlawanan tamat..

Malaysia vs Pakistan : Kelayakan Olimpik Asia..23/2/2011..

Malam ini 23/2/2011 pasukan bola sepak negara akan menentang pasukan Pakistan di Stadium Shah Alam..

Pasukan negara pimpinan Ong Kim Swee kini menghuni tangga ke-140 ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bakal bertemu Pakistan di tangga ke-173..

Cabaran dipikul skuad muda negara amat besar kerana keputusan positif malam ini akan terus menambat kepercayaan peminat terhadap kemajuan bola sepak tanah air.

Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik adalah pada 1980 di Moscow, Russia (ketika itu dikenali sebagai Kesatuan Soviet) tetapi anehnya tidak beraksi kerana memboikot tindakan Soviet menyerang Afghanistan.


Antara perlawanan yang turut berlangsung malam ini..

Thailand vs Palestin
Iran vs Kyrgyzstan
Hong Kong vs Maldives
Indonesia vs Turkmenistan
Malaysia vs Pakistan
India vs Myanmar
Oman vs Tajikistan
Kuwait vs Bangladesh
Jordan vs Taiwan

Tuesday, February 22, 2011

Blog akan Mati, Pembaca akan Lari..

Assalamualaikum semua..Hari ni wave nak bincang dengan korang dua kata-kata dari Ben Ashaari yang penuh dengan seribu makna..Kata-kata ni wave petik dari VLog Ben Ashaari yang terkini kat Putrajaya..Memang nampak ringkas tapi penuh dengan tips berguna dalamnya..

" Blog kita perlu sentiasa ada update, jangan bagi blog kita mati " - Ben Ashaari -
Ada benarnya kata-kata Ben Ashaari ni..Ya..Semua blogger memang perlu update entri sekurang-kurang satu entri sehari..Walaupun kita nampak ringkas pesanan ini, namun terdapat seribu makna dalam frasa ini..Salah satu elemen yang penting kepada seorang blogger adalah rajin dan bijak dalam membuat update..Sebagai contoh, Ben Ashaari selalu update entri pendek-pendek je kan..Bukan sebab kurang idea tapi ada helah disebalik semua tu..Kalau nak tau, kena tengok Vlog tu dulu..

Jadi, blog akan mati, pembaca akan lari, dan pengiklan akan pergi jika tiada update dalam sehari..

" Satu pembaca boleh menghasilkan sepuluh pembaca yang baru, bergantung kepada kreativiti kita untuk menarik mereka " - Ben Ashaari -
Kreatif ??? Sebut pasal kreatif semua orang akan cakap, "aku tak cukup kreatif ke??" Kreatif adalah satu perkara yang abstrak dan tidak dapat dinilai dengan mata kasar..Sekali lagi Ben Ashaari menyatakan satu elemen yang amat penting kepada blogger..Kreativiti dalam berblogging adalah amat penting dan sangat membantu dalam membina kekuatan sesuatu blog..Blog yang menarik penuh dengan pembacanya..Satu pembaca boleh menghasilkan sepuluh pembaca..Dah macam MLM dah kan..Tapi itulah hakikat berblogging..Jadi benarlah, kreativiti sangat diperlukan dalam berblog..

Sebenarnya wave pun masih tercari-cari rentak untuk mengekalkan pembaca..Nampak je ramai follower, tapi tak ramai yang datang..Kalau ada berita sukan ratus-ratus datang tapi satu komen pun tak ade..Banyak lagi kelemahan..Harap rakan-rakan dapat membantu..Sekian..

Apabila Dunia Memanggil..

Apabila dunia memanggil kita,
Kita segera menyahutnya tanpa beralasan walaupun sebaris kata,
Namun apabila Allah menyeru kita kepada Dia,
Kita sentiasa bertangguh dengan pelbagai kata,
Di syurgakah kita??
Atau setiap saat kita dalam murka??
Kembalilah kepada Dia,
Kerana setiap detik Dia memanggil kita..

p/s - Mari sama-sama kita muhasabah diri kita..Dimanakah kita sekarang..Apa khabar iman kita?? Kadang- kadang kita leka dan hanyut dari landasan..Saat inilah pentingnya seorang teman..Ingatan ini adalah untuk diri sendiri dan semua saudara-saudara seIslam sekalian..

Isteriku Seorang Blogger..

Assalamualaikum, tangungjawab seorang isteri adalah patuh kepada suaminya selagi tidak melanggar hukum syarak..Selain itu, isteri juga perlu menyiapkan kerja rumah dan menjaga serta mendidik anak-anak..Persoalannya sekarang, adakah masih wujud ruang untuk si isteri berblog??

Bagi wave, adalah bukan satu kesalahan bagi seorang isteri untuk menulis blog..Cuma seorang isteri perlu bijak membahagikan masa antara blog dan kerja di rumah..Jangan sampai rumah terbengkalai..Sunah cakap ada beberapa risiko yang perlu dihadapi oleh si suami bila isteri adalah seorang blogger..Klik SiNi..

Namun, setiap individu adalah berbeza..Terpulang kepada individu itu sendiri untuk mencorakkan hidupnya..Jadi, kepada semua blogger-blogger yang sudah mempunyai suami, sila jangan abaikan keluarga anda..Tak salah jika berblog..Tapi keluarga perlu diutamakan..InsyaAllah ada keberkatan disebalik semua itu..

Sunday, February 20, 2011

Keputusan Piala FA 2011 : Pusingan 1..

Assalamualaikum semua..Hari ni 19/2, sebanyak 10 perlawanan berlangsung bagi Piala FA 2011..Kesemua pasukan yang menang akan layak ke pusingan kedua yang akan berlangsung 4 Mac nanti..Keputusan perlawanan adalah seperti berikut :

ATM   2  vs  0   Sarawak 

Melodi Jaya   0  vs  4   Harimau Muda B

 Suria NTFA  1  vs  5   Johor

Johor FC   5  vs  0   SPA FC

Pahang   2  vs  1   Sabah

PDRM   1  vs  4   Perak 

Perlis   0  vs  2   Felda United

PKNS    5  vs  0    Maur FC

USM Staff   1   vs  2   Terengganu

Melaka Telekom   0  vs  5   Sime Darby

Jadual Piala FA : Pusingan Kedua..

Jadual telah disedut dari fanpage Selangor FC di facebook..Terima Kasih atas maklumat anda..


Dari jadual ini kita dapat lihat, laluan sukar buat Selangor, Kelantan dan Kedah..Salah satu akan terpilih ke Final..Pasukan Manakah?? Manakala Pahang, Perak, Terengganu dan NS juga akan bertarung dalam menentukan tempat ke Final Piala FA 2011..

Saturday, February 19, 2011

Keputusan Piala FA 2011 : Kelantan VS T.Team

Assalamualaikum, malam ini 18/2/2011 berlangsung 2 perlawanan Piala FA iaitu antara Kelantan menentang T.Team dan Harimau Muda A lawan SDM Kepala Batas..Keputusan perlawanan adalah seperti berikut..

Harimau Muda A     4  vs  0     SDM Kepala Batas

T.Team      1  vs  1     Kelantan
(Kelantan layak ke peringkat seterusnya dengan penalti 6-5)

Tahniah kepada pasukan Kelantan dan Harimau Muda..Untuk jadual penuh Piala FA klik SINI..

Friday, February 18, 2011

Semak Keputusan STPM 2010/2011..

Semua calon STPM boleh menyemak Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2010 pada 21 Febuari 2011 ini..

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari.

Bagi calon persendirian, mereka boleh menyemak keputusan melalui S-M-S dengan menaip STPM DAN HANTARKAN KE 15888

Calon-calon juga boleh menyemak secara talian dengan melayari laman web majlis peperiksaan malaysia di http://www.mpm.edu.my

SEGMEN BLOGGER PANAS : PUNYAI 1000 - 1500 FOLLOWER..

Assalamualaikum, hari ni teringin nak join segmen Ben Ashaari lagi..Nasib baik ada segmen kalau tak bersarang la blog ni..Sekarang ni pun ranking alexa semakin jatuh..Punca masih belum dikenalpasti..Rasanya sebab waveX buang widget alexa tu kot..

Seperti biasa, walaupun rasanya agak kurang layak untuk join segmen ni tapi nak join juga..Kalau nak join klik kat banner bawah ni ye..


p/s - Sesiapa yang masih belum join kontest waveX sila klik SINI..

Wednesday, February 16, 2011

1st GiveAway Besday 23rd..

Assalamualaikum, semalam wave kena tag dengan Cerit3ra AsNi .. Satu contest yang amat menarik..Tak rugi kalau join..Tak susah pun..hehe..GA ni bersempena dengan besday tuan blog iaitu UMIEZUL yang akan mencecah umur 23 tahun pada 17 hari bulan ni..

Oleh itu, dengan ini wave nak ucap Selamat Hari Lahir buat UMIEZUL..Semoga panjang umur dan murah rezeki..

Meh tengok syarat-syaratnyer:

1) Mestilah blogger dari Malaysia dan mestilah jadi follower blog http://umiezul.blogspot.com/ (sudah follow)

2) Buat satu n3 wish besday kat umie dan linkkan ke blog nie. Pastikan letakkan gambar ini
di sebelah side bar dan tinggalkan link di komen entri ni yer...


3) Anda perlu tag sekurang-kurangnyer 3 Orang kawan. ( Pastikan mereka tahu mereka ditag )
Dengan ini secara rasminya wave tag :   Sunah
                                                          Aremelyna
                                                          Cik Dya

4) Hadiah disediakan untuk 3 orang pemenang. Pemenang akan dipilih melalui random.org.

5) Tarikh tutup penyertaan ialah pada 17.02.2011, Jam 11.59 mlm.

Tuesday, February 15, 2011

Keputusan Liga Super 15/2/2011

Keputusan Penuh Perlawanan


Sabah
0
1
Johor
Harimau Muda
Gary Steven Robbat
1
min-89
1
min-74
Perlis
Faiz Subri
Kedah
0
0
Perak
K.Lumpur
0
2
min-47
min-87 
Kelantan
Ramzul
Sharul Idlan 
N.Sembilan
0
1
min-89
Felda United
Abd Ghani
Pahang
1
0
T-Team
Terengganu
 Ashaari (pen)
Abdul Hadi Yahaya 
2
min-70
min-87 
3
Selangor
min-17
min-45
min-57 
Fazli
Amri Yahyah 
Azidan Sarudin




Kesemua perlawanan telah tamat..Jumlah 12 Gol dijaringkan malam ini..

p/s-Terima kasih kepada yang sudi update result kat blog ni..InsyaAllah setiap kali perlawanan liga super..Blog ini akan sentiasa memberi keputusan live untuk semua..Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat penjaring gol sila maklumkan..TQ

Sunah Suka Sakura Telah Tag WaveX Rider..

Assalamualaikum, Salam Maulidul Rasul kepada semua..Hari ni wave telah ditag oleh cik Sunah..Dengan ini beberapa soalan perlu dijawab..Siapakah penganjur sebenar pun tak tau..Soalan-soalannya berbunyi seperti berikut :

1. Apa yang paling penting dalam hidup korang ?
Allah menciptakan manusia dan semua makhluk adalah untuk beribadah dan taat kepadanya..Oleh itu, anda sendiri tahu jawapannya..

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang ?
Beli makanan untuk makan tengahari tadi...

3. Dimanakah tempatnya korang akan melangsungkan perkahwinan dan apakah temanya nanti?
Buat kat rumah je..Tema hijau daun pisang..

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang ?
Ya...dengan Allah dan Rasul..

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Selagi hayat dikandung badan..

6. Novel/buku/majalah terakhir dibeli ?
Buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam oleh Fathi Yakan..

7. Namakan orang yang betul betul korang nak dalam hidup korang.
Tak paham ini soalan..

8. Adakah korang basuh baju korang sendiri ?
Op Course..

9. Dimanakah tempat yang betul betul korang nak pergi ?
Makkatul Mukarramah..

10. 5 lagu yang paling suka dan selalu dengar.
Insya'Allah - Maher Zain (Malay Version)
dan Semua lagu Maher Zain yang lain..

11. 5 Blogger yang korang nak tag ?
Dan semua yang membaca ini entri..
p/s - Apa jawapan depa semua?? pakat pi terjah na..Jawapan cik Sunah di SINI..

Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2011..

PUTRAJAYA: Bekas Prof Madya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Abdul Hayei Abd Shukor diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul peringkat kebangsaan, sebentar tadi.


Penerima anugerah itu diumumkan pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan bertemakan 1Malaysia 1Ummah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat pada majlis itu.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

sumber BH..

Friday, February 11, 2011

KEMPEN: Kami TAK Sambut Hari Valentine..

Assalamualaikum semua, sebagai umat Islam kita perlu mengambil cakna perkara-perkara sebegini..Ada yang hanya buat tidak tahu..Buat apa nak sambut Valentine's Day??..Mungkin dah ramai yang tahu mengapa 14 Feb dipilih sebagai Valentine's Day..



Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day. [Sumber dari SINI]


Bagi suami isteri dan para ibu serta para bapa, tiada istilah Valentine's Day bagi kita yang beragama Islam..Apa beza 14 Feb ni dengan hari lain..Setiap hari adalah hari untuk berkasih sayang..Jadi jangan biarkan diri kita terjerumus dalam budaya yang tak masuk akal ni..

Sekian dari saya, kalau ada sapa-sapa yang berminat untuk turut serta menyebar kempen ini, amatlah dialu-alukan..Sila ke blog SUNAH SUKA SAKURA untuk maklumat lanjut..Sekian ~pen off~

Wednesday, February 9, 2011

Live Score - Malaysia vs Hong Kong

Keputusan Penuh

Malaysia 2 Vs 0 Hong Kong

Safiq Rahim min-44
Amirul Hadi min-90+1



p/s-Permainan yang menarik ditunjukkan oleh semua pemain skuad kebangsaan..semoga rentak ini dapat dikekalkan..

Malaysia vs Hong Kong - 9/2/2011..

Malaysia vs Hong Kong pada pukul 8.45 malam @ 9 Februari 2011 akan bersiaran secara langsung di Stadium Shah Alam..Kepada semua peminat bola sepak negara yang berdekatan diminta hadir untuk memberi sokongan..

Dikhabarkan Safee Sali turut turun untuk menentang Hong Kong..Apa yang pasti Hong Kong bukanlah sebuah pasukan yang boleh dipandang remeh..Ranking terkini FIFA Malaysia 140 manakala Hong Kong 143..

Keputusan perlawanan akan sentiasa diupdate di blog ini..
Klik SINI 

Kami semua sebagai penyokong mengharapkan yang terbaik daripada para pemain..Walaupun perlawanan ini hanya perlawanan persahabatan, namun keputusannya nanti memberi makna yang besar kepada skuad kebangsaan..



Siaran Langsung perlawanan ini ada di Astro Arena..Bagi yang berminat untuk menonton sila tukar siaran sekarang atau ke kedai mamak berdekatan..:)

Tuesday, February 8, 2011

Kami Blogger Utagha..

Assalamualaikum semua..Baru hari ni wave nak cerita asal usul wave..Wave berasal dari Kedah..Wave tinggal di sebuah kampung yang indah dan permai..Kampung wave terletak di salah sebuah daerah di Kedah..Daerah yang dimaksudkan adalah bermula dengan huruf S dan tamat dengan huruf K..

Namun begitu, sekarang wave berada di perantauan..Sedang menuntut ilmu di salah sebuah universiti terkemuka di negara ni..(poyo sikit)..Tapi wave tetap orang utagha sejati..Jadi kiranya layaklah untuk diri ini bergelar seorang blogger utagha..hehe..

Tujuan segmen ini adalah sangat murni..Dikelola oleh GKSB (Gadis Kampung Separa Bandar)..Antara tujuan-tujuannya :

1. untuk mengumpulkan blogger-blogger yang berada di utara..
2. untuk anjurkan Gathering Blogger Utara..



p/s - Kalau ampa semua orang utagha boleh la join sekaki..Klik kat Banner untuk ke blog GKSB..Sekian..

Monday, February 7, 2011

Perhijrahan Safee Sali ke Kelab Liga Super Indonesia..

PETALING JAYA, 7 Feb. - Penyerang kebangsaan, Safee Sali hari ini mengesahkan dia akan berhijrah ke kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya dengan kontrak selama setahun.


Safee secara rasmi akan menandatangani kontrak bersama kelab yang berpengkalan di Jawa Barat itu mulai 14 Februari depan dan akan menggunakan jersi bernombor 10.

Perlawanan persahabatan skuad kebangsaan dan Hong Kong di Stadium Shah Alam, Rabu ini dan berdepan Kuala Lumpur, pada Sabtu dalam aksi Liga Super akan menjadi perlawanan terakhir buat Safee.

credit to Utusan

Sunday, February 6, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Assalamualaikum semua..Macam biasa, Ben Ashaari dan segmen-segmennya yang menarik..Jom join ramai-ramai..Bagi cukup 1000..

..klik kat banner ni untuk ke entri Gegar 1000 Blog oleh Ben Ashaari..
SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Jom kita pakat gegaq dunia blog..Gegaq jangan tak gegaq..

Kuiz Mudah : Mencari 30 Blogger Yang Berminat..

Assalamualaikum semua..Hari ni wave nak jalankan satu kuiz mudah..Macam biasa..Semua layak join dan tiada sebarang bayaran dikenakan..Soalan-soalan memang mudah..Korang boleh search kat google atau kat blog ni..

Untuk mengelakkan daripada berlaku ketidakadilan maka soalan akan dikeluarkan apabila semua sudah bersedia..Siapa yang paling cepat dan tepat akan mendapat hadiah seperti sebelum-sebelum ni..

30 blogger perlu lah bersedia..Soalan akan dipost sebelum pukul 2..Jadi ready la ye..Hadiah diberikan kepada 2 blogger yang cepat dan tepat jawapan..Hadiah berupa topup 5 ringgit dan iklan di blog wave..

Seperti biasa, sapa-sapa yang nak join sila komen kat bawah ni cakap nak join..Cukup 30, kita boleh start..Ok..TQ..

Saturday, February 5, 2011

Cegah Artikel di'copy' Tanpa Backlink..

Assalamualaikum semua, hari ni wave nak kongsi satu lagi website menarik yang dapat menjaga ketulenan penulisan anda..Sebagai seorang blogger, artikel yang ditulis kadang-kadang mengambil masa berhari-hari..Tapi senang-senang saja orang lain copy tanpa credit diberikan..

Mungkin dah ramai yang tau dah..Yang belum tau boleh ambik tau.. Website ni dapat membantu dengan memberi backlink kepada kita..Setiap kali ada orang copy artikel atau apa-apa dari blog kita, automatik dia akan copy sekali dengan link..So, mudah-mudah dapat backlink free kan..

Tynt Insight boleh juga memberi statistik pengunjung dan mana entri yang lebih suka dikunjungi..Banyak lagi kemudahan yang disediakan..hehe..Dengan wujudnya banyak backlink maka ranking SEO kita akan meningkat..Sebab tu betapa pentingnya backlink..

Jadi kepada semua blogger, ringan-ringankanlah jari memberi credit kat sapa yang kita ambik hasil kerja dia..Jangan kedekut sangat..Bukan kena bayar pun..Free je kan..

Tiba-tiba hari ni jadi promoter pulak kan..Just nak kongsi dengan korang..Kalau nak benda alah tu search la kat google..k, TQ..

Friday, February 4, 2011

Segmen : Bila BLOGGER jadi PELAKON ..

credit to http://www.allmoviephoto.com/photo/2008_cj7_001.html
CJ7 : Terima Kasih kerana selamatkan saya..Saya Alien yang baik..
WX : Owh, saya pun baik jugak..Kenapa badan awak hijau?
CJ7 : Kecik-kecik dulu saya suka makan Kacang Hijau..Awak memang baik hati kerana selamatkan saya..Boleh saya bantu awak?

WX : Macam mana awak nak bantu saya??
CJ7 : Saya ada kuasa ajaib..

WX : Kalau macam tu awak bagi saya jadi famous macam ben ashaari..
CJ7 : Owh mudah je..Bagi IC awak kat saya..

WX pun memberi IC kepada CJ7..Setelah beberapa minit..

CJ7 : Nah IC awak..
WX : ?????

Agak-agak korang apa yang jadi?? Korang sambung la cerita ni kat bawah..hehe..

p/s - Eh, korang nak join ke segmen best ni..Mudah je..Klik kat banner bro yang kat bawah ni ye..hehe..

Kedudukan Iklan Nuffnang Yang Strategik..

Assalamualaikum semua..Hari ni WX nak kongsi sikit dengan korang apa yang WX tau..Benda ni dah ramai yang tau dan memang penting bagi blogger yang kaki iklan..hehe..Ramai yang tanya WX macam mana earning boleh tinggi..Tak la tinggi mana pun..Sikit-sikit ja..Klik SINI untuk lihat..

Iklan nuffnang ada 3 jenis..Iklan leaderboard (LB) , large rec (LR) , dan skyscraper (SS)..Kedudukan iklan merupakan salah satu faktor penting dalam menjana income..Yang pertama sebab bila kedudukan strategik, pengunjung lebih mudah melihat dan mudah untuk klik..Yang kedua, para blogger akan mudah dapat Buffered Earning..


Iklan LeaderBoard biasanya diletakkan di bahagian atas ataupun bahagian header..Orang selalu tanya, nak letak iklan atas atau bawah header..Mengikut pengalaman dan tinjauan, iklan LB yang berada diatas header lebih mudah mendapat BE..

Iklan SkyScraper mestilah diletakkan di sidebar blog..Namun begitu, sekarang terdapat trend baru iaitu dengan meletakkan ikan SS terapung..Kedudukan begini lebih attractive dan disukai oleh nuffnang..Jika diletakkan di sidebar, kedudukan iklan mestilah di atas sekali dalam column sidebar tersebut..Widget-widget lain perlu diletakkan dibawah..

Iklan Large Rectangle disarankan oleh nuffnang untuk diletakkan di antara post..Klik SINI untuk tutorial memasang iklan tersebut.. Namun begitu, bagi WX kedudukan yang lebih strategik adalah diletakkan diatas first entry..Iklan akan lebih menonjol..

Setakat ini dulu perkongsian mengenai kedudukan iklan yang strategik..Segala maklumat adalah dari pengalaman dan pembacaan dari blog lain..Sebarang salah dan silap sila maklumkan ye..TQ..

Banjir Melaka, Johor, NS Makin Pulih..

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Melaka dan Johor beransur pulih dengan jumlah mereka yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan tengah hari semalam.

Di Melaka, seramai 624 orang daripada 136 keluarga masih berada di lima pusat pemindahan sehingga tengah hari semalam berbanding 724 orang pagi sebelah pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri Melaka berkata, setakat pukul 12 tengah hari semalam, seramai 465 orang daripada 101 keluarga berada di tiga pusat pemindahan di daerah Jasin manakala 159 orang daripada 35 keluarga berada di dua pusat pemindahan di Alor Gajah.

Katanya, kesemua pusat pemindahan di daerah Melaka Tengah telah ditutup selepas mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di Johor, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di seluruh negeri berkurangan kepada 36,923 orang berbanding 41,095 orang pada sebelah pagi.

Sebanyak 8,661 keluarga masih ditempatkan di 180 pusat pemindahan iaitu Muar, Batu Pahat, Segamat, Kluang, Pontian, Kota Tinggi, Mersing dan Ledang.

credit to Kosmo Online..

Thursday, February 3, 2011

Luis Suarez Meledak Gol..

Perlawanan antara Liverpool dan Stoke City pagi tadi berkesudahan dengan keputusan 2-0 di mana kemenangan bagi pihak Liverpool..Gol dijaringkan oleh Meireles dan Luis Suarez..Luis Suarez yang masuk menggantikan Fabio Aurelio pada minit ke-65 telah menunjukkan semangat yang tinggi..

Suarez rajin mengejar bola dan tidak tamak walaupun di depan gol..Beberapa skill turut dipamerkan di mana pertahanan Stoke mudah tertewas..Namun kurang penyudah yang bertenaga dari rakan sepasukan..

kredit to http://www.liverpoolfc.tv
Gol kedua dijaringkan oleh Suarez dimana dia menggelecek Begovic dan menolak bola ke gawang. Walaupun Andy Wilkinson menggelongsor untuk menyelamatkan keadaan tetapi bola tetap masuk ke gawang.

Permainan yang menarik ditunjukkan..Harapan semoga Suarez akan tampil dengan lebih cemerlang pada match akan datang..

YNWA..

Wednesday, February 2, 2011

Liverpool FC Blog Background..

Assalamualaikum..Just want to inform that, i have change my blog background with new picture..Gambar Liverpool FC yand di'edit' sendiri sebentar tadi..So, sekali gus tema blog sudah bertukar kepada Merah..Boleh jadi geng Red Mummy la lepas ni..hehe..

Memandangkan hari ni cuti, jadi banyak la masa nak edit-edit semua ni..Lagipun InsyaAllah lepas ni club ni akan menyinar dengan kehadiran Luis Suarez dan Caroll..

To all liverpool fans..We will never walk alone..:)


p/s- Jom kita buat gathering blogger yang fan liverpool..hehe..

Tuesday, February 1, 2011

Keputusan Liga Super 1/2/2011..

KEPUTUSAN PENUH

T-Team (1) vs (3) Negeri Sembilan
Rosdi Talib - min-42                       min 30, 68 - Idris Karim
                                                    min 54 - Firdaus Azizul

Kedah (1) vs (0) Felda United FC
Badrol Bakhtiar - min 63(pen)                                                                  

Perak (1) vs (0) Johor FC
Akmal Rizal - min 90                                                 

Kuala Lumpur (1) vs (0) Sabah
Yong Kuong - min-54                                       

Perlis (0) vs (2) Selangor
                                            min 63 - Safee Sali
                                                  min 75 - Fitri Syazwan


Kelantan (1) vs (1) Terengganu
Badhri Radzi - min-36                  min 68 - Marzuki Yusof


Harimau Muda (3) A vs (1) Pahang


p/s-Tahniah kepada pasukan yang berjaya..15 gol berjaya dijaringkan malam ni..Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat penjaring gol sila maklumkan ye..TQ..


Banjir di Segamat (Gambar)..




LABIS: Segamat lumpuh sejak malam kelmarin apabila terputus perhubungan darat dengan dunia luar, berikutan semua laluan keluar masuk ke daerah itu ditenggelami air sehingga 1.5 meter.

Jalan keluar masuk ke daerah ini membabitkan Jalan Batu 8 Jementah-Lubuk Batu, Jalan Gemas-Segamat dan Jalan Bandar Segamat-Labis ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan.

Berikutan perkembangan itu, semua pengguna jalan raya dinasihat tidak menggunakan laluan berkenaan berikutan kedua-dua hala jalan ditenggelami air dan berbahaya untuk dilalui.

Jurucakap polis berkata, semua hubungan ke Segamat kini lumpuh berikutan jalan dinaiki air mencecah paras dada orang dewasa, malah di sesetengah kawasan termasuk laluan di Tenang Station dikategorikan bahaya kerana arus deras.

Pasukan penyelamat kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan Sungai Segamat terus merekodkan kenaikan parasnya berikutan hujan berterusan sejak seminggu lalu.

Dalam pada itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghentikan sementara operasi pejabatnya di Segamat.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata ahli dan majikan yang ingin mendapatkan perkhidmatan KWSP boleh menghubungi cawangan KWSP terdekat iaitu di Muar atau Melaka.

Ahli juga boleh menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000 atau menghantar pertanyaan di laman web www.enquiry.kwsp.gov.my atau mendapatkan maklumat KWSP di laman web myEPF www.kwsp.gov.my.

Sementara itu, banjir besar yang melumpuhkan pekan Labis dan beberapa kawasan sekitarnya sehingga menjejaskan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kelmarin, mulai surut.

Bagaimanapun, kebanyakan kedai dan premis perniagaan masih ditutup.

Tinjauan mendapati kedai makan dan serbaneka di pekan ini diserbu penduduk mendapatkan bekalan makanan sehingga stok makanan mulai berkurangan.

Tinjauan mendapati beberapa jalan sekitar Pekan Labis dipenuhi sampah sarap yang dihanyutkan banjir malam kelmarin, manakala beberapa jalan raya turut rosak.

Penduduk Kampung Paya Merah, Paya Merah Lama dan Lembah Bakti di Labis juga masih ditempatkan di pusat penempatan banjir berikutan rumah mereka ditenggelami air sehingga paras bumbung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim, yang memenangi pilihan raya kecil itu, kelmarin, turut meninjau mangsa banjir di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah.

credit to BH..

Jadual Liga Super 1 Februari 2011..

Terengganu PBDKT T-Team vs Negeri Sembilan 
Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi

Kedah vs Felda United FC 
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Perak vs Johor FC 
Stadium Perak, Ipoh

Kuala Lumpur vs Sabah 
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Perlis vs Selangor 
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kelantan vs Terengganu 
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Harimau Muda A vs Pahang 
Stadium MBPJ, Kelana Jaya


p/s- Jadual dan venue perlawanan di atas adalah yang terkini..Sebarang maklumat sila komen kat bawah ye..TQ