KUANTAN: Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dinaikinya terbabas di Km 46.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada 3.50 pagi, semalam.
Pegawai Turus Trafik Pahang, Deputi Superintendan Mohd Najid Jusoh berkata Allya Abu Bakar, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.
"Mangsa bersama suami dan tiga anaknya dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Suami dan anak mangsa hanya cedera ringan.
"Sampai di tempat kejadian kenderaan yang dipandu suami mangsa terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam longkang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata kejadian dipercayai berpunca apabila kenderaan yang dinaiki keluarga itu cuba mengelak kenderaan lain yang memasuki laluannya.- Bernama
credit to myMetro ..
selalu xciden kt mesia ni.. ramai kehilangan org yg tersyg.. huhuk..
ReplyDeleteKebanyakan kesilapan sendiri dan selalunya cuai dah terburu tu sebab jadi mcm nie.....
ReplyDeletehmm accident lg, kesian keluarga mangsa..
ReplyDelete