Thursday, January 6, 2011

Kenapa Kita Perlu Percaya Kepada Pemimpin..

Assalamualaikum semua, hari ni mari kita berkongsi mengapa kita perlu percaya kepada pemimpin..Bagi waveX sendiri penting untuk kita percaya kepada pemimpin sebab untuk mengelakkan syak dan buruk sangka kepada pemimpin tersebut dalam sesuatu masalah yang telah, sedang dan mungkin akan timbul..

Kita ambil iktibar dari kisah nabi..Satu kisah dalam perang hunain..Puak ansar tidak berpuas hati dengan pembahagian harta rampasan @ ghanimah oleh rasulullah setelah menang. Sehinggakan mereka bercakap-cakap sesama mereka tentang tidak adilnya rasulullah dalam pembahagiannya..

Rasulullah melebihkan bahagian kepada muhajirin berbanding ansar..Lalu puak ansar beranggapan rasulullah melebihkan mereka kerana puak  muhajirin mekah adalah dari tempat asal keturunan nabi..Sedangkan tujuan rasulullah adalah untuk menjinakkan hati kebanyakan muhajirin yang baru memeluk Islam semasa Fathu makkah sebelum itu..

Justeru, rasulullah terpaksa mengaturkan satu perjumpaan khas dengan puak ansar untuk menjelaskan perkara sebenar..

2 comments:

  1. Pemimpin yang memang kita tau dia patuh kepada Tuhan, jujur, amanah, memang la kita perlu percaya.

    Malangnya, tak semua pemimpin pada hari ini seperti itu

    ReplyDelete
  2. masyarakat lah tunjang penggerak pemimpin itu sndiri.

    tak semua pemimpin macam tu sbb kbykn jahil pd ilmu,ilmu tinggi xgune juge if x d aplikasi pd jln-Nya.

    ReplyDelete