Saturday, January 15, 2011

Bapa Hempas Bayi..

Assalamualaikum semua..Tanggungjawab dan tugas seorang bapa adalah untuk menjaga dan mendidik anak-anak..Selain itu, bapa juga bertanggungjawab membesarkan anak-anak..Tapi yang ni apa cerita..Main hempas-hempas pulak..Ingat anak patung ka??


IPOH: Akibat sikap panas baran melampau, seorang lelaki bukan saja memukul isterinya dengan tali pinggang ketika bertengkar dengan wanita itu tapi turut menghempas anaknya berusia 18 bulan ke atas tilam nipis hingga bayi itu patah tulang paha kanan.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi di sini pada 7 Januari lalu, namun lelaki berusia 54 tahun itu ditahan polis kira-kira 4 pagi semalam selepas dia menyerah diri di Balai Polis Jelapang.

Akibat kecederaan itu, bayi lelaki berkenaan terpaksa menerima rawatan selama seminggu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam.


Apa nak jadi..Harap-harap tiada lagi kes macam ni lepas ni..Untuk berita penuh sila ke myMetro..

10 comments:

  1. hish, ini kes stress la ni. Kesian budak tu.

    ReplyDelete
  2. bapa ne ngok..
    og len ksian tgk bayi...
    tp bapa sendiri bley uat mcm2..

    ReplyDelete
  3. mental kot bapak dia tu.
    patutnya antar pegi wad gila.
    bagi dia pakai baju pasung. baru sesuai.

    ReplyDelete
  4. ish..kecian baby tu..kecik2 lg da sakit...huwaaa bapa tak perikemanusiaan! law ye pn sedang mara igt2 la sket..haishhh

    ReplyDelete
  5. kejam. yg jd mngsa bayi tu. xpatot betol

    ReplyDelete