SEREMBAN: Seorang pemandu lori terbunuh selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Lingkaran Tengah berhampiran Kampung Datuk Mansor, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Hasim Hassan, 59, yang menunggang motosikal Suzuki TXR 150 maut di tempat kejadian kerana parah di kepala.
Jurucakap polis berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan sebaik menerima maklumat mengenai kemalangan itu.
Menurutnya, berdasarkan kepada siasatan, kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa gagal mengawal motosikal ditunggangnya menyebabkannya terbabas dan terbalik.
“Mangsa yang terjatuh mati kerana parah di kepala dan kejadian dipercayai tidak membabitkan kenderaan lain.
“Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kemalangan itu dan pada masa sama meminta kerjasama orang ramai melihat kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan,” katanya.
Untuk berita penuh sila ke Halaman myMetro..
Kerap sangat kemalangan berlaku yer!
ReplyDeleteHendaklah selalu berhati-hati di jalan raya.