Friday, January 21, 2011

Syukur dan Sabar..



"Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur, itu lebih baik baginya.Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar, itu lebih baik baginya"..
HR Muslim

Hadis ini menganjurkan kita supaya sentiasa bersyukur apabila mendapat nikmat dari Allah..Bagaimana yang mengatakan kita telah bersyukur??Apakah caranya??

Banyak cara untuk bersyukur, yang antaranya berdoa kepada Allah, melakukan sujud syukur, meningkatkan amalan-amalan sunat dan sentiasa patuh pada perintah Allah..

Yang kedua, hadis ini menyuruh kita bersabar apabila kita menerima musibah..Sifat sabar adalah sifat yang terpuji dan disukai oleh Allah..Seperti yang kita tahu Nabi Muhammad sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran..Namun dengan sifat sabar, baginda telah berjaya menyampaikan agama Islam dengan penuh berhikmah..



Sekian..~pen off~

1 comment:

  1. nice entri.. khutbah jumaat tadi ker??
    hehehe.. thanks peringatan.

    ReplyDelete