Tuesday, January 4, 2011

Harga Petrol RON 97 pada 4/1/2011..

KUALA LUMPUR, 4 Jan. - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter."

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Harga Petrol RON97 naik 10sen seliter menjadi RM2.40/liter
dan Harga minyak tanah naik 10sen juga menjadi RM2.50/liter.

ADAKAH SELEPAS INI MINYAK MASAK DAN RON 95?? NANTIKAN !!

4 comments:

  1. dengar kata minyak masak dah naik... tempah keja mJ ni dah abezkan stock dah.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. erggg~ semua benda nak naik skrg nihh Y_Y

    ReplyDelete