Friday, January 7, 2011

Pendaftaran sesi akademik IPTA mula 2 September..

GEORGETOWN - Pendaftaran pelajar bagi sesi akademik 2011 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diadakan antara 2 dan 7 September ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor IPTA, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak.

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat naib-naib canselor IPTA kelmarin.

“Pihak IPTA diberi kebebasan membuat pendaftaran pelajar baru antara 2 dan 7 September ini,” katanya selepas menyampaikan Perutusan Tahunan Naib Canselor USM di sini, semalam.

Beliau berkata, untuk permulaan, perubahan itu pastinya akan menimbulkan sedikit kesukaran kepada pihak universiti.

“Dalam semua perubahan mesti ada kesusahan. Sesi kali ini sahaja akan sukar sedikit. Tahun depan akan lebih mudah selepas sistem baru itu diselaraskan,” katanya.

Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penyelarasan kalendar akademik IPTA negara akan dilakukan secara berperingkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014.

credit to Sinar Harian..

7 comments:

  1. selamat belajar untuk adik2 semua...study elok2 jangan main2 waktu belajar...

    ReplyDelete
  2. waaa lambatnye..(dalam ati yeay!! cuti lama..kwang3)

    ReplyDelete
  3. so anak2, gunakanlah masa terluang ini utk buat kerja2 berfaedah.

    pada adik2 kenalah pantau masa lapang luas terbentang anak2 kita ye.

    ReplyDelete
  4. wah.lama lagi la nak start belajar balik. hrumm.. hish nak buat apa je lame lame.

    ReplyDelete
  5. nice info..tq eh share..

    mesti susah sikit lepas ni sebab nak tukar sistem baru pulak..isk

    ReplyDelete
  6. i like. hahaha. terima kasih naib canselor ku :)

    ReplyDelete