Saturday, January 1, 2011

Tauge Mampu Tingkat Kesuburan..

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.


Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya

15 comments:

  1. Salah satu kepercayaan masyarakat Cina

    ReplyDelete
  2. saya tidak suka pada taugeh.HAHA

    ada juga orang cina yang letakkan air kencing pada taugeh untuk pastikan taugeh lebih subur,tahu?

    ReplyDelete
  3. wah banyak kelebihan rupanya tauge nih. terpaksala makan camni ehehe..

    ReplyDelete
  4. okey pasni nak makan tauge bebanyak! :D

    ReplyDelete
  5. x suka makan taugeh jugak! x kira! (emo bila jumpa taugeh =P)

    ReplyDelete
  6. tak suke tauge banyak2..sikit takpe..hehe

    ReplyDelete
  7. Saya suke taugeh..tiap2 kali pegi pasar tani mesti beli rm 0.50..

    ReplyDelete
  8. tak sia sia aku suka makan taugeh.
    tak payah tunggu lama lama nak anak, ngam peh nikan 9 bulan kemudian dah ada sorang anak.

    ReplyDelete
  9. char kuey teow tanpa tougeh ibarat makan nasi tak berlauk.. ;P

    sy suka taugeh! :D

    ReplyDelete
  10. taugeh best.
    kadang2 cambahkan sndri taugeh dr kcg hijau nun! ;p

    ReplyDelete
  11. tidak...eila x mkn bnde neh.l.huhu

    ReplyDelete
  12. humm..pasni nak pakse en.hubby mkn tauge..hihii

    ReplyDelete
  13. aku nak subur...hhahahahaha...
    lepas nie nak pegi kedai beli tauge...
    tiap2 hari makin tauge...
    hahaha
    lipat dgn roti pown ok gak...hahaha

    ReplyDelete